dua puluh satu.

June 19th, 2009
Posted in mimpi gumbira
2 Comments

dah boleh daftar mengundi dan boleh mengundi dah pun. selamat hari lahir untuk diri sendiri! diri sudah tua, patut kena sedar diri lah. ngeee..

aiyohh.. banyak kes bulan ni.

ada orang kena tangkap basah.

ada orang kena tahan reman.

ada orang terganggu mental.

ada orang kena sexual abuse.

ada orang jatuh cinta dengan padayappa.

ada orang terjebak cinta tiga segi.

ada orang “percintaan tak direstui”

ada orang, dah ada sugar daddy lah. Embarassed

ada orang dapat tivi plasma.

ada orang dapat pembakar roti.

ada orang nak jadi pole dancer.

ada orang sibuk merosakkan diri sendiri.

ada orang suka bikin orang lain susah hati.

ada orang lupa diri.

ada orang yang sangat tertekan. (o.O’)

ada orang tak cukup sepuluh sen nak beli maggi.

ada orang lapar kaseh sayang.

ada orang lapar oblong kambing.

ada orang nak buka kedai buah.

ada orang khayal tak ingat dunia.

ada orang curi duit saya. *dah la saya tak de pitih

ada orang dah jadi professional junkie.

ada orang muka tempe.

ada orang boleh bertukar jadi baldi.

ada orang rasa jodoh dia dengan orang kelantan.

ada orang terfikir tak nak jadi straight dah.

ada orang dah tiga hari tak tidur.

ada orang lupa yang mana betul dan salah,

dosa dan pahala, halal dan haram.

i’m freaking out~

believe

May 26th, 2009
Posted in mimpi biasa
No Comments

Allah itu ada, cuma kamu yang tak datang kepada-Nya

cerita letih

May 24th, 2009
Posted in mimpi biasa
2 Comments

ini cerita dua minggu lepas, tapi entri ini khas untuk anis-mon.

06 Mei: sebenarnya, tak rancang pun nak ke kota bharu. tiba-tiba je semangat berkobar-kobar. angin pantai timur datang serbu. aku msj pekjah, tanya pasal kota bharu, tanya pasal budak-budak rumah maja. demo-demo tu kalut berkemas nak balik. “awak tahu kes tuan rumah datang serang, dan simbah air?!” aku pun rasa nak join kalut sekali. aku bagitahu pekjah, rasa macam nak pergi sana, dan pekjah pun frust, sebab dia nak pergi perak. dah beli tiket dah. tak boleh nak post-poned lagi. masalah utama kerja gila ni adalah pitih. memandangkan aku ni jobless, jadi tiada saluran untuk mendapatkan pitih yang kukuh. aku dah pening. sampai pukul 3pagi, aku masih blur. macam mana nak dapatkan dana untuk ke kota bharu ni?! tak kan nak kutip derma pagi-pagi ni. orang semua dah tidur. malu lah meminta-minta ni. tapi, usaha tangga kejayaan.

07 Mei: awal pagi aku dah bangun dalam usaha nak dapatkan dana. masa tu, dah pikir macam-macam. nak rompak bank lah, nak culik orang lah. tapi tu semua rancangan besar yang ambil masa lama. aku dah kesuntukan masa. *think* aku dapat idea bernas untuk dapatkan pitih. yang ini, aku tak boleh cerita panjang. bukan duit haram ok, tak juga pinjam dengan ah long. tapi proses nya ambil masa dalam dua jam. dapat je pitih, aku terus beli tiket 11.30pagi. aku ada kurang 30minit untuk balik rumah dan pack barang. cuaca panas, aku rasa macam merentas desa. untuk pengetahuan awak, aku jalan kaki je, tak ada transpot, tak ada honda putih. bas gerak tepat 1tengahari. waktu ni, aku cuma bagitahu pekjah dan yati je, aku nak ke kota bharu. orang lain tak tahu. cuma pekjah dan yati. sampai dungun, aku call yuyu. dia cakap nak pergi berderat, tapi orang yang di tunggu belum konfem lagi. aku cakap, “pergi berderat dengan aku nak?!” dia menjerit-jerit tanya kan aku kat mana. aku cakap dah sampai dungun. lepas maghrib, aku masuk melor. bila sampai pasir tumboh hati dah tak tentu. nampak kb mall, aku dah tak boleh nak bernafas dengan baik. berdebar-debar. aku takut sebenarnya. takut jumpa dengan orang yang tak sepatutnya. 8.30malam aku sampai kota bharu. yuyu tak keluar lagi jadi tak dapat ambil aku. aku naik cab balik rumah maja. masa tu ada mekna, tauke, kakak noni(akak tauke), dan kak nad. aku layan mengumpat dengan yuyu;) dalam 11.30pm, aku keluar dengan hoppipolla dan, billy. dia ajak yuyu sekali. aku round kota bharu jap, pastu pergi makan dekat-dekat tumpat. aku pun tak cam sangat kat mana, kalau tanya yuyum dia tahu la. pasal jalan kat kelantan semua dia dah ukur. kemudian, kami lepak airport tunggu appa ubey. ternampak geng achan amy. tapi tak lama pun. sebab, ada masalah “di bawah sedar”.

 

kami balik rumah maja lambat juga, amy ada dalam bilik(tengah bosan). tambah borak dan mengumpat. dekat 6pagi baru yuyum dan amy tidur, aku surf internet jap pastu tertidur. nasib baik terjaga tepat 8pagi.

08 Mei:  aku rushing bersiap dan kejutkan yuyum. sempat beli tiket balik kampung, esok malam. dengan perut kosong, kami naik bas ke rantau panjang, 9.++pagi. pastu, ternampak pula pak cik tepi jalan tu jual air bandung. tangkap leleh. sudahnya dalam bas, aku dan yuyum layan tidur je. dekat 11pagi kami sampai. kami naik sampan ke seberang dengan muka tempe. abang askar pun rilek je. kami pun tak perlu motor dah. kami pakat jalan kaki je. masing-masing dah agak expert .

mak ayam moden

mak ayam moden

lepas beli air mineral yang halal, kami porting kat tempat biasa. tapi silap betul pergi hari jumaat. penuh sial! awek yang datang nak check in hotel dengan gewe pun sempat buat rambut. tak ada maknanya. semua nya ambil masa hampir lima jam. tapi satu lagi kesilapan bodoh terjadi, aku suruh dia trim rambut aku. dia trim pendek gila. aku dah emosi habis-habisan. aku bengang, bayar duit pada tauke tu dan terus keluar. tauke tu terpinga-pinga. nak round sampai marina pun dah tak sempat. tambah tragis lagi cerita aku, hujan turun. dekat sampai pengkalan, renyai-renyai jadi heavy. yuyum dah kalut takut tak lepas balik malaysia. lama juga kami tunggu hujan reda. pastu ada seorang abang baik hati bagi pinjam payung dia. lepas dah separuh jalan.

aku skandal

aku skandalrambut deng

rambut deng

 aku takut tertinggal bas je. kalau tak, haru~ nak suruh siapa ambil? aku dan yuyum makan nasi ayam kat rantau panjang sebelum naik bas. nasi ayam, rasa halia saja. kami sampai kb, dekat maghrib. emi datang dengan “ucuk” dia. dan juga bank negara. kami semua pergi tesco, cari cat. tesco tak jual cat. tolong ambil perhatian. dan satu lagi, jangan berbalah dalam tesco. pastu berpecah. boleh sesat pula dalam tesco, malu kokre. aku call yuyum, tak jawab. aku call emi, dia boleh pula off fon. aku dah fed up. dah la kepala berat kena air hujan. jahanam dah rambut baru. finally, aku tunggu kat kereta je. tak lama tu, yuyum dan emi datang bawa laici seplastik. kami tunggu ucuk & bank negara sambil tengok satu drama. mamat ni bawak superbike, nak parking bike dia depan kami. dia boleh berlagak pulak. tak lama lepas dia masuk baru kami sedar, yang helmet, dia letak saja atas seat motor. pastu datang dua orang mamat naik ex5, slumber je ambil helmet tu. aku dengan budak-budak, pakat gelak. kalau mamat superbike tu tak berlagak tadi, mungkin kami boleh consider pegangkan helmet dia. dalam kereta, budak-budak ni sambung balah. masing-masing provok. masing-masing panas. aku dah tak boleh blah. kena sound sekali, terus pergi minum tepi sungai kelantan. balik rumah maja, exhausted sangat. aku tolong pack barang-barang yuyum dan kemas rumah. kalah tongkang pecah. pastu baru perasan gak, yang rambut aku senget sebelah. macam gamp!

serabai

 

senget
senget

09 Mei: lewat pagi, aku keluar jap cari roti canai. ingat nak layan mamak spicy tapi dah tutup. lastly, aku beli roti kacang dengan 100plus, pastu porting tempat biasa. kemudian yuyum call, dia cakap kalau dah setel hal aku nanti datang kat tempat dia karaoke. dekat 5pagi, aku pening cari port yuyum, rupa-rupanya keluar simpang rumah maja je dah jumpa, “anis villa”. masa aku sampai tu, emi tengah berat karok lagu jiwang. aku segan sbb pakai baju tidur je. budak-budak pun, suruh karok juga. tapi tak ada lagu “nasyid”. hahahaha. aku absorbs je persekitaran. lepas tu, kami balik. kalau nak karok, hello emi lah. dia kenal orang. petang sikit, yuyum dah siap pack barang sambil tunggu abah dia datang ambil. sempat juga nak keluar dengan somebody. mekap sakan. diowang ajak aku, tapi.. aku tak layan orang-orang usia emas ni. ;P aku siap pack barang, suruh tauke hantar pergi hayaki. aku msj yuyum, rupanya dia pun kat hayaki juga. tapi yang seberang jalan. dengan syuga-syuga. hahaha. dia dan emi datang jap jumpa aku. peluk-cium di depan awam, diowang pun blah. sedih betul. 7.30petang, aku gerak ke terminal langgar. aku seorang saja tunggu bas yang datang 9.30malam. padahal pada tiket, 8malam. aku sampai rompin, 11pagi. hampir 14jam dalam bas campur aduk dengan bas rosak etep. gom molek. macam tu lah cerita letih aku.

“sorry sangat tak inform awak, sebab aku bajet awak sibuk dengan patient. malas nak ganggu. next time kita bekwah sama-sama. lagipun hujung tahun ni, abang ami nak nikah. pakat-pakat nak berkumpul lah”.

ijah, uum, emi

ijah, uum, emi

banyak lagi cerita yang tak boleh on air sebab nak jaga hati orang. kalau tak, mahu berperang. aku harap tak ada yang bising baca entri ni, sama ada yang suka rela untuk baca, atau terpaksa, ataupun tak sengaja. last but not least, nurse anis-mon. geng rumah maja akan balik kb, bikin panas.  wait!

benci yang pergi

February 12th, 2009
Posted in mimpi kosong
2 Comments

aku dapat satu panggilan, pagi tadi. dia dah meninggal. heart attack. dia antara segelintir manusia annoying dalam hidup aku. tapi aku tak pula gembira dengan berita tu.

azam: nak dapatkan azam!

January 6th, 2009
Posted in mimpi semasa
No Comments

resolusi tahun baru saya adalah untuk berhenti mencarut kepada orang-orang yang annoying. yeay! dan juga jangan lari dari masalah. dan menjadi super rajin. dan menjadi insan berguna. dan, menjadi terbaik untuk diri saya tanpa sibuk menjaga hati orang lain. kecuali bunda.

1.23pagi. saya belum tidur. sejak jobless ni, waktu tidur jadi sekitar 2-3pagi. sampai satu mesej yang buat saya rasa macam nak jalan kaki pergi padang temba, cari perempuan ini dan lempang dia laju-laju. hahaha.

Salam.. ai miza ni.. sry la kcu wkt2 cmni.. awk sy nk mtk mf klu sblm2 ni sy da kuang ajr  ngan awk..em xkira la thn bru ke x tp nk tnya gak.. sy ni rmpas payed dr awk ke? klu sy ni prmpas sy mtk maaf la..sy tau prsaan org kna rmpas..sry la ek klu sy cm 2.

dia perempuan-overdose-pill yang saya ceritakan lewat entri lepas. entah kenapa saya membazir ruang bercerita tentang dia. tapi macam seronok lah. dia master puppet! mungkin dia rasa insecure. ya, saya faham perasaan dia. tapi, waktu saya dengan gewe kamu sudah tamat. T! saya bagi kamu satu nasihat: kalau kamu takut kehilangan, jangan terlalu berharap. taraa. rilek-rilek sudah la. saya sudah ada kehidupan sendiri. cuma belum boleh buang kota bharu jauh dari saya. kehidupan saya bermula di sana lebih awal dari kamu. jadi, jangan bertindak bodoh!

bagitahu aku, di mana boleh aku dapat kan spagetti di sini?!